Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Perunding saham dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 34 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan menipu pelabur berjumlah RM645, 229 antara 19 Disember 2014 hingga 13 November tahun lalu.

Tertuduh, Md Shah Shairie Abd Rahman, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim G Ramesh dan Fathiyah Idris sebaik dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah di dua mahkamah berasingan.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa menipu Mohd Shamir Leman, 43, dengan memperdaya untuk mempercayai dirinya perunding saham.

Oleh demikian Md Shah Shairie dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang tunai 14 kali secara berperingkat di pejabat Seputeh Resources, No 624, Jalan Kuala Pilah, Bandar Baru Ampangan, antara 19 Disember 2014 hingga 13 November 2015.

Jumlah wang yang diserahkan adalah RM60,000; RM100,000; RM100,000; RM16,000; RM32,000, RM24,000 dan RM34,000.

Selain itu RM8,000; RM12,000; RM24,000; RM20,000; RM115,229; RM50,000 dan RM50,000.

Oleh demikian dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dan sebat atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 4:55 PM