Sesi taklimat kepada kariah masjid untuk majlis korban dan Titipan Kasih Harian Metro di Masjid An- Nur Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor.  - Foto ZULFADHLI ZULKIFLI
Sesi taklimat kepada kariah masjid untuk majlis korban dan Titipan Kasih Harian Metro di Masjid An- Nur Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor. - Foto ZULFADHLI ZULKIFLI
Pengerusi Tititpan Kasih Harian Metro, Othman Mamat bersama kariah masjid bergotong-royong memasang kain rentang ketika persiapan Program Ibadah Korban sempena sambutan ulang tahun ke-25 Harian Metro dan Titipan Kasih Harian Metro di Masjid An- Nur Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor.- Foto ZULFADHLI ZULKIFLI

Mazizul Dani

Pasir Gudang: Sebanyak 25 lembu akan dikorbankan dalam Program Ibadah Korban sempena ulang tahun ke 25 Harian Metro di Masjid An-Nur, Taman Cendana, di sini, pagi esok.

Persiapan untuk majlis itu giat dijalankan di masjid berkenaan selepas solat Isyak malam ini dengan kerjasama penduduk sekitar.

Program itu berlangsung serentak dengan Titipan Kasih Harian Metro dan 150 Kotak Rezeki akan disampaikan kepada penerima yang layak.

Majlis dijangka disempurnakan Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar.

Kira-kira 3,000 penduduk sekitar dijangka turut serta dalam program itu dengan 1,400 daripadanya bakal menerima daging korban.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 10:42 PM