Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Kira-kira 3,000 penduduk sekitar Taman Cendana dekat Pasir Gudang dijangka memeriahkan program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) sempena Aidiladha yang berlangsung hari ini.

Pengarang Eksekutif (Pengeluaran/BPI) Harian Metro yang juga Pengerusi TKHM Othman Mamat berkata, sehubungan itu, 25 lembu disembelih dengan sebahagian daripadanya dimasak untuk menjamu tetamu.

Menurut beliau, program yang disifatkan seperti jamuan Aidiladha untuk penduduk sekitar Taman Cendana itu diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang sebahagiannya kurang berkemampuan.

"Selepas bersama-sama bergotong-royong melaksanakan ibadat korban, kami akan menyediakan juadah istimewa buat tetamu yang hadir iaitu sup tulang selain kari daging yang dihidangkan selepas solat Zuhur.

"Lebih istimewa, tukang masak untuk juadah istimewa ini ialah 50 ahli kariah Masjid Blok 43, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Cendana yang dikenali hebat dalam menyediakan juadah enak," katanya, semalam.

Beliau berkata, pada program sama, daging korban akan diagihkan kepada 1,400 individu.

"Selain itu, 150 asnaf akan menerima Kotak Rezeki Harian Metro yang berisi barangan keperluan harian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 9:00 AM
SESI taklimat ahli kariah masjid.
SESI taklimat ahli kariah masjid.
OTHMAN (tengah) bersama ahli kariah masjid bergotong-royong memasang kain rentang.
OTHMAN (tengah) bersama ahli kariah masjid bergotong-royong memasang kain rentang.
OTHMAN (tiga dari kiri) bersama ahli kariah masjid membuat persiapan akhir sempena Program Ibadah Korban Titipan Kasih Harian Metro.
OTHMAN (tiga dari kiri) bersama ahli kariah masjid membuat persiapan akhir sempena Program Ibadah Korban Titipan Kasih Harian Metro.