DAGING korban diagihkan kepada 1,400 penduduk. FOTO Muhamad Allyme Ahmad Izam
DAGING korban diagihkan kepada 1,400 penduduk. FOTO Muhamad Allyme Ahmad Izam
PROGRAM Ibadah Korban diadakan di Masjid An-Nur, Taman Cendana. FOTO Muhamad Allyme Ahmad Izam
PROGRAM Ibadah Korban diadakan di Masjid An-Nur, Taman Cendana. FOTO Muhamad Allyme Ahmad Izam
Mazizul Dani


Pasir Gudang: Dua ribu penduduk menyertai Program Ibadah Korban di bawah Program Titipan Kasih Harian Metro sempena ulang tahun ke-25 akhbar ini di Masjid An-Nur, Taman Cendana di sini, hari ini.

Majlis bermula pada 8 pagi dengan taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon Cendana, Shamsul Bahrin Ibrahim.

Shamsul Bahrin menzahirkan penghargaan kepada Harian Metro dan penyumbang ibadah korban ini.

"Penghargaan kepada semua yang sudi membantu, menjayakan dan mendoakan majlis ini berjalan lancar kerana akhirnya ini adalah untuk komuniti yang mengukuhkan jalinan ukhwah sesama Islam," katanya.

Sebanyak 25 lembu disembelih dan dagingnya diagihkan kepada 1,400 penduduk setempat sempena Aidiladha.

Program dirasmikan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.

"Alhamdulillah, hari kedua Aidiladha kita dapat menjalankan ibadah korban 25 lembu sempena ulang tahun ke-25 Harian Metro.

"Saya berharap agar program ini dapat membantu mereka yang memerlukan apabila kita agihkan daging ini kepada 1,400 orang," katanya.

Program ini mendapat kerjasama daripada Takaful Ikhlas, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Taman Cendana dan Jawatankuasa Masjid An-Nur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 9:40 AM