PEMAIN IPK Negeri Sembilan bergambar bersama piala kemenangan.
PEMAIN IPK Negeri Sembilan bergambar bersama piala kemenangan.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Skuad bola sepak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan merangkul kejuaraan Piala Ketua Polis Negara apabila menumpaskan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, baru-baru ini.

Jurulatih pasukan Superintendan Mohd Dali Wahid berkata, kejayaan itu begitu bermakna kerana sejak penganjuran hanya pasukan Bridged dan PULAPOL yang menjuarainya.

Katanya, IPK Negeri Sembilan menjadi pasukan pertama selain dua pasukan pilihan itu yang merangkul piala itu.

“Kami bersyukur dengan kemenangan ini. Ia kejuaraan sulung di peringkat kebangsaan,” katanya.

Kejohanan itu disertai 19 pasukan membabitkan semua pasukan bola sepak IPK negeri, PULAPOL dan Bridged.

IPK Negeri Sembilan muncul juara Kumpulan B sebelum menewaskan IPK Kelantan 4-0 pada suku akhir.

Pada separuh akhir, mereka menang 2-0 ke atas IPK Perak sebelum dinobat juara apabila menewaskan PULAPOL dengan kemenangan tipis.

Pemain IPK Negeri Sembilan Azlie Kidam pula muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol manakala rakannya Mohd Helmy Ismail menerima pengiktirafan pemain terbaik kejohanan.

Sebagai juara skuad IPK Negeri Sembilan membawa pulang piala pusingan dan hadiah iringan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2016 @ 7:41 AM