PEMENANG futsal B-16 Melaka ceria di Kompleks Komuniti Hang Jebat Melaka.
PEMENANG futsal B-16 Melaka ceria di Kompleks Komuniti Hang Jebat Melaka.

Melaka: Pasukan Gloirea FC muncul juara futsal Remaja B-16 tahun selepas menewaskan Bukit Chedang FC 3-2 pada saingan final yang berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Hang Jebat, Paya Rumput Krubong, baru-baru ini.

Tempat ketiga dan keempat menjadi milik Arena FM dan Awesome FT B di kejohanan anjuran Kelab Taming Sari dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) yang disertai 36 pasukan itu.

Selaku juara, Gloirea FC membawa pulang piala, wang tunai RM400 serta medal manakala Bukit Chedang FC meraih RM200. Arena FM dan Awesome FT B menerima RM100 dan hadiah iringan.

Pada aksi separuh akhir, Bukit Chedang FC menewaskan Awesome FT ‘B’ 3-1 dan Gloirea FC mengatasi Arena FM 3-2 bagi membolehkan kedua-dua pasukan itu melangkah ke final kejohanan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Presiden Kelab Bolasepak Taming Sari Rafiean Kamarulzaman.

Hadir sama penyelaras karnival, Zaihairi Zailani.

Rafiean berkata, kejohanan sempena Hari Sukan Negara (HSN) itu mendapat sokongan amat menggalakkan daripada pemain muda di negeri terbabit.

“Beberapa pasukan dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan turut hadir memberi sokongan dalam masa sama menghasilkan permata sukan futsal yang bakal menyerlah pada masa hadapan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 11:23 AM