OBJEK antipendaratan di Kinmen, Taiwan. FOTO Reuters
OBJEK antipendaratan di Kinmen, Taiwan. FOTO Reuters
Reuters

Taipei: Taiwan mendakwa, China merampas bot nelayannya berhampiran sebuah pulau Taiwan.

Pengawal pantai Taiwan berkata, pegawai China menaiki sebelum merampas sebuah bot nelayan Taiwan yang beroperasi di pantai China berhampiran pulau yang dikuasai Taiwan dan membawanya ke pelabuhan China.

Katanya, bot nelayan itu beroperasi berhampiran Pulau Kinmen yang ditadbir Taiwan, terletak bersebelahan dengan bandar raya China Xiamen dan Quanzhou, pada malam Selasa apabila ia dinaiki dan dirampas dua bot pentadbiran maritim China.

"Taiwan menghantar kapal pengawal pantainya sendiri untuk membantu dan menyiarkan amaran meminta China melepaskan bot nelayan itu, tetapi kapal China menyiarkan kembali mengatakan tidak mengganggu," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kapal Taiwan kemudian berundur untuk mengelakkan konflik dan kapal nelayan Taiwan itu kemudiannya dibawa ke pelabuhan China.

Sementara itu, Pejabat Hal Ehwal Taiwan China tidak menjawab panggilan untuk mendapatkan komen di luar waktu pejabat.

China memandang Taiwan yang ditadbir secara demokratik sebagai wilayahnya sendiri dan meningkatkan tekanan ke atas Taipei sejak Presiden Lai Ching-te memegang jawatan pada Mei, seorang lelaki yang dituduh Beijing sebagai puak pemisah.

Penguatkuasaan maritim China dan kapal pengawal pantai sentiasa beroperasi di sekitar Kinmen, sejak Februari, selepas dua nelayan China maut ketika cuba melarikan diri dari pengawal pantai Taiwan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 10:10 AM