Pemain IPK Negeri Sembilan bergambar bersama piala kemenangan. FOTO IHSAN PDRM
Pemain IPK Negeri Sembilan bergambar bersama piala kemenangan. FOTO IHSAN PDRM
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Pasukan bola sepak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan merangkul kejuaraan Piala Ketua Polis Negara 2016 apabila menumpaskan pasukan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, semalam.

Jurulatih pasukan Superintendan Mohd Dali Wahid berkata, kejayaan itu begitu bermakna kerana sejak penganjuran hanya pasukan Bridged dan PULAPOL menjuarainya.

Katanya, IPK Negeri Sembilan adalah pertama merangkul piala itu membabitkan pasukan polis negeri.

"Kita bersyukur dengan kemenangan ini. Ia kejuaraan sulung di peringkat dalam negara," katanya.

Beliau berkata, kejohanan bermula Isnin lalu hingga semalam disertai 19 pasukan membabitkan semua pasukan bola sepak IPK negeri, PULAPOL dan Bridged.

Menurutnya, skuad kendaliannya muncul juara Kumpulan B sebelum menang 4-0 menentang IPK Kelantan di peringkat suku akhir.

"Di peringkat separuh akhir, kami menang 2-0 bertemu IPK Perak dan menewaskan PULAPOL Kuala Lumpur 1-0 dalam perlawanan akhir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 6:08 PM