WELSON SIM
WELSON SIM
GOH V SHEM & TAN WEE KIONG
GOH V SHEM & TAN WEE KIONG
CHAN PENG SOON & GOH LIU YING
CHAN PENG SOON & GOH LIU YING
CHEONG JUN HOONG & PANDELELA RINONG
CHEONG JUN HOONG & PANDELELA RINONG

Kuala Lumpur: Sepanjang enam tahun bersiaran sejak 26 Mac 2010, pelbagai kejayaan dan sejarah ditempa oleh Astro Arena dengan membawakan liputan menyeluruh kejohanan tempatan, serantau dan antarabangsa dan terbaharu, temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Rio 2016 yang turut disiarkan dalam saluran definisi tinggi (HD).

Liputan langsung selama 15 jam sehari sepanjang Olimpik, Rio 2016 adalah kejayaan terbesar direkodkan Astro Arena apabila berjaya mencatat rekod jumlah tertinggi tontonan seramai 6.5 juta penonton ketika perlawanan separuh akhir badminton perseorangan lelaki negara dan perlawanan akhir beregu lelaki negara.

Rentetan daripada kejayaan itu, Astro dengan bangganya melancarkan secara terus Astro Arena HD di saluran 802 bermula hari ini.

Menurut Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, peminat sukan kini boleh menikmati pengalaman tontonan dalam resolusi tinggi selain wadah terbaik untuk mendapatkan informasi terkini mengenai sukan tempatan dan antarabangsa di Astro Arena.

“Sejak Astro Arena bersiaran dalam HD buat kali pertama pada Sukan SEA Myanmar 2013, kami sentiasa berusaha untuk merealisasikan impian secara terus dalam HD yang sekian lama dinantikan oleh peminat sukan tanah air.

“Sepanjang Rio 2016 pula, Astro Arena membawakan liputan paling komprehensif dan meluas termasuk dalam saluran HD bagi memberikan sokongan buat atlet negara di pentas antarabangsa sekali gus meraikan kejayaan yang dikecapi oleh mereka.

“Ini membuktikan kami sentiasa komited untuk meningkatkan penerbitan dengan menggunakan teknologi pengeluaran terbaik dalam gambar berdefinisi tinggi yang pasti memberikan pengalaman tontonan dalam visual yang berkualiti kepada semua peminat sukan.

“Selepas kejayaan liputan di Rio 2016, kini sudah tiba masanya untuk peminat sukan tanah air terus menikmati kualiti penyiaran terbaik dalam liputan kejohanan tempatan dan antarabangsa terutama pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dari awal sehingga kini.”

Sementara itu penyampai Astro Arena yang juga bekas pemain hoki negara, Mirnawan Nawawi dan Sharon Wee, bekas pemain skuasy negara turut melahirkan rasa teruja dengan pelancaran Astro Arena HD.

Menurut Mirnawan, Astro Arena sentiasa melangkah ke hadapan dengan kewujudan Astro Arena HD dan kini peminat sukan negara dapat menyaksikan dengan lebih dekat dan merasai debaran serta pengalaman luar biasa aksi sukan dalam resolusi tinggi.

Bagi Sharon, ia satu pengiktirafan kepada usaha dan komitmen Astro Arena dalam membawakan yang terbaik kepada peminat sukan negara. Selain itu, ia juga satu penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong Astro Arena.

Astro Arena sejak 2010 hingga kini sudah memaparkan lebih daripada 16,000 jam liputan sukan tempatan dan antarabangsa secara langsung serta berita sukan (Nadi Arena) dan program majalah TV.

Astro Arena, Nadi Sukan Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 9:54 AM