MIRNAWAN (kanan) bersama pemain hoki kebangsaan, Nabil Fiqri (dua kiri) dan Fitri Saari pada sidang akhbar berhubung penyiaran kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016.
MIRNAWAN (kanan) bersama pemain hoki kebangsaan, Nabil Fiqri (dua kiri) dan Fitri Saari pada sidang akhbar berhubung penyiaran kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016.

Petaling Jaya: Ketika Malaysia dilihat sukar meraih pencapaian cemerlang pada edisi ke-25 Piala Sultan Azlan Shah yang dijadualkan bermula 6 April depan, bintang tengah skuad hoki negara Fitri Saari tetap meletak sasaran tinggi mara ke final kejohanan jemputan tertua dunia itu.

Bagi Fitri, impian itu tidak mustahil selepas mengambil kira pencapaian memberangsangkan skuad negara pada siri perlawanan persahabatan jelajah Oceania baru-baru ini.

“Walaupun dalam ranking pasukan menyertai kejohanan kali ini Malaysia menduduki tempat kelima, bagi saya tiada yang mustahil dan sudah pasti jika dapat melangkah ke final itu lebih baik.

“Ini sasaran saya sendiri. Walaupun sudah tidak beraksi perlawanan kompetitif hampir setahun, berdasarkan prestasi jelajah Oceania, saya rasa dapat kembali kepada pencapaian sebenar,” katanya ketika ditemui ketika sesi temubual khas di Astro Arena semalam.

Fitri mengambil keputusan berehat hampir setahun tahun lalu menyaksikannya tidak beraksi pada edisi Piala Sultan Azlan Shah.

Adik kepada penyerang sensasi negara, Faizal Saari itu kemudian mengambil keputusan kembali semula menyertai skaud negara pada November tahun lalu.

Bekas pemain negara Mirnawan Nawawi berpendapat sekiranya Malaysia mampu menduduki empat tempat terbaik, ia boleh dianggap pencapaian memberangsangkan,” katanya.

Selain menyambut sambutan jubli perak, edisi kali ini cukup istimewa kerana empat pasukan yang layak beraksi di Sukan Olimpik Rio, dijangka membariskan pasukan terbaik untuk persiapan ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Empat pasukan itu adalah juara dunia Australia, India Kanada dan New Zealand manakala baki dua pasukan Pakistan serta Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 10:10 AM