KUNG (dua dari kanan) pada pelancaran HyppSports.
KUNG (dua dari kanan) pada pelancaran HyppSports.
Sri Ayu Kartika Amri

Petaling Jaya: Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV HyppTV mencatat sejarah bagi perkhidmatan televisyen dengan menayangkan Sukan Olimpik Rio 2016 dalam kualiti 4K yang pertama di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif TM Net Sdn Bhd, Jeremy Kung berkata, teknologi 4K bakal dilancarkan di kaca televisyen rakyat Malaysia tidak lama lagi. Semua ini direalisasikan menerusi keupayaan perkhidmatan jalur lebar UniFi dan teknologi Huawei pada rangkaian IPTV perkhidmatan terbabit.

Katanya, HyppTV juga kini bekerjasama dengan Huawei sebagai rakan teknologi untuk membangunkan keupayaan penyiaran 4K dan membawa masuk pelbagai kandungan hiburan bertaraf antarabangsa dengan kualiti Ultra HD.

“Pelanggan HyppTV kini boleh menikmati kualiti format siaran TV secara langsung serta kandungan Video-On-Demand (VOD) sehingga 1080 piksel berdefinisi tinggi (HD).

“Teknologi 4K ini juga boleh disokong dengan rangkaian sedia ada TM sekarang dan tidak memerlukan pelaburan tambahan untuk membuat rangkaian baharu,” katanya selepas pelancaran HyppSports Sukan Olimpik Rio 2016, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Abraham Liu dan Timbalan Presiden Huawei Malaysia, Foo Fang Yong.

Pelanggan HyppTV kini boleh menikmati kualiti format siaran TV secara langsung serta kandungan Video-On-Demand (VOD) sehingga 1080 piksel berdefinisi tinggi (HD).

Jeremy berkata, rakyat Malaysia kini boleh menikmati siaran sukan Olimpik Rio 2016 secara langsung dan percuma dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere.

Selain daripada Sukan Olimpik, pelanggan juga boleh menikmati semua saluran percuma di platform HyppTV walaupun berada di luar rumah.

Sebagai penyiar IPTV rasmi bagi Sukan Olimpik Rio 2016 melalui HyppSports HD, pelanggan HyppTV secara berbayar dan premium akan menikmati semua 42 acara di Rio 2016 menerusi tujuh saluran langsung khas di HyppSports HD Rio 2016 bermula 21 Julai hingga 2 September depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 7:25 AM