JUN Hoong. FOTO AP.
JUN Hoong. FOTO AP.
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Bukan kerana ganjaran!

Penerjun negara Cheong Jun Hoong menafikan dia gagal ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal wanita semalam kerana sudah berpuas hati dengan pingat perak 10m platform seirama sebelum ini.

Jun Hoong dan Pandelela yang menang perak dalam acara itu Selasa lalu, dijanjikan RM150,000 seorang hasil kejayaan itu selain pencen RM3,000 sebulan yang berkuat kuasa serta-merta.

“Saya terkejut kerana tersingkir tapi saya akui gagal memperaga terjunan terbaik mungkin disebabkan kepenatan kerana sejak tiba di Rio, saya tidak berhenti berlatih dan terus bertanding dalam dua acara sebelum ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 5:41 AM