KUMPULAN Flava Skoutz membuat persembahan.
KUMPULAN Flava Skoutz membuat persembahan.
KUMPULAN Saywho memeriahkan konsert.
KUMPULAN Saywho memeriahkan konsert.
BARISAN artis membuat persembahan di program Down Memory Lane.
BARISAN artis membuat persembahan di program Down Memory Lane.
Oleh Michelle Gun

Selain menyiarkan filem blockbuster pada musim cuti sekolah ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menerbitkan dua program muzikal khas sempena perayaan Krismas.

Bakal bersiaran di saluran TV2 pada 26 Disember ini, program berkenaan bermula dengan konsert muzikal kanak-kanak berjudul Muzikal Anak Dunia, Khas Hari Krismas pada jam 4 petang.

Ia diikuti dengan muzikal Down Memory Lane di saluran sama pada jam 10 malam.

Mengangkat tema persahabatan, program Muzikal Anak Dunia, Khas Hari Krismas diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari RTM.

Program itu menggabungkan dua elemen merangkumi persembahan nyanyian dan tarian selama sejam.

Muzikal itu membuka tirainya dengan tarian berkumpulan oleh Sayang Dancers dan dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian bakat kelahiran Bintang Kecil iaitu Aqeesh Aleeya serta Jesslyn Ng.

Dihoskan oleh pengacara berbakat, Nadia Hasnan bersama Aryan Farhan dan Syasya, program itu diserikan dengan kemunculan kumpulan pelawak popular Saywho yang mengendalikan segmen berkonsepkan permainan 1,2 Jus!.

Artis cilik lain yang turut membuat persembahan ialah Hazury, Shiekh Baseer, Janelle, Flava Skoutz dan persembahan Silap Mata.

Muzikal Down Memory Lane pula menampilkan artis popular Fauziah Latiff, Ning Baizura, Dina Nazir, Nita, Aliff Satar, Erni Zakri, Hazama, Prema Yin dan Daniel Lee.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:02 AM