BARISAN penghibur utama di Thriller Live di Bukit Jalil.
BARISAN penghibur utama di Thriller Live di Bukit Jalil.
BARISAN penghibur utama di Thriller Live di Bukit Jalil.
BARISAN penghibur utama di Thriller Live di Bukit Jalil.
BARISAN penghibur utama di Thriller Live di Bukit Jalil.
BARISAN penghibur utama di Thriller Live di Bukit Jalil.
BARISAN penghibur utama di Thriller Live di Bukit Jalil.
BARISAN penghibur utama di Thriller Live di Bukit Jalil.
Oleh Michelle Gun


Pemergian raja pop dunia, Michael Jackson secara mengejut pada 2009 meninggalkan impak di seluruh dunia.

Hampir enam tahun berlalu dan peminat kini boleh mengubati rindu terhadap ikon muzik itu dengan persembahan muzikal Thriller Live yang dibawa dari West End, London di Stadium Tertutup Putra, Bukit Jalil bermula semalam hingga 25 Mac ini.

Muzikal itu dicipta oleh rakan baik Jackson, Adrian Grant dan dinamakan Thriller sempena album paling laris penyanyi lagenda itu yang berjudul sama.

Bagaimanapun, persembahan itu bukan sebagai tribute kepada Jackson, tetapi bagi meraikan kerjayanya sepanjang 45 tahun mencipta nama dalam industri seni.

Konsert yang dibawa dari West End, London itu menyaksikan persembahan hebat daripada seramai 50 pelakon, penari dan pemuzik antarabangsa.

Ia juga menampilkan barisan penyanyi utama Prinnie Stevens, Alex Buchanan, Sean Christopher, J Rome dan MiG Ayesa.

Berkongsi pengalamannya terbabit dalam Thriller Live, J Rome berkata, seramai enam penghibur utama diperlukan untuk menjayakan muzikal itu.

“Suara Michael Jackson memukau dan kami masing-masing memegang watak berbeza bagi mencipta vokal seperti raja pop itu,” katanya.

Menurut Buchanan, setiap penghibur Thriller Live adalah peminat tegar Jackson.

“Beliau banyak memberi inspirasi kepada saya dan sentiasa mencari maklumat tambahan mengenainya.

“Ketika membuat persembahan, saya akan cuba menonjolkan perwatakan Michael Jackson,” katanya yang juga pelakon dan penulis lagu.

Bagi Stevens pula, lagu Jackson yang paling digemari adalah Earth Song kerana menampilkan lirik dan vokal hebat.

“Pernah ketika di pentas, saya menangis kerana lagu Michael Jackson menyentuh jiwa kami,” katanya.

Dalam pada itu, Grant menegaskan muzikal Thriller Live bukan bertujuan memperingati Jackson dengan individu yang meniru gaya dan perwatakan penyanyi itu.

“Persembahan ini akan nampak ‘murah’ sekiranya ia dilakukan sedemikian. Ini kerana dunia ini cuma ada satu Michael Jackson saja,” katanya.

Muzikal Thriller Live akan diserikan dengan tayangan klip video, kesan bunyi dan efek khas dengan koreografi mantap.

Antara lagu wajib yang akan diperdengarkan adalah I Want You Back, ABC, Earth Song, Man In The Mirror, I’ll Be There, Show You The Way To Go, Can You Feel It, Beat It, Billie Jean dan Thriller.

Persembahan selama dua jam itu akan membawa peminat mengenali dengan lebih dekat Jackson serta melihat sisi lain ikon muzik tersohor di dunia itu dan kecintaannya terhadap muzik.

Harga tiket bagi menyaksikan persembahan Thriller Live bermula daripada RM128 hingga RM538 menerusi www.ticketcharge.com.my. Maklumat terkini mengenai persembahan itu juga boleh didapati melalui akaun Facebook, Milestone Production.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:13 AM