NEYMAR gagal manfaat peluang di depan gawang Afrika Selatan.
NEYMAR gagal manfaat peluang di depan gawang Afrika Selatan.
AFP

Rio de Janeiro: Sikap tamak selain gagal memanfaatkan peluang menyebabkan Brazil kempunan untuk mencapai kemenangan pada aksi pembukaan Olimpik Rio 2016 menentang Afrika Selatan dengan Neymar dan rakan sepasukannya perlu mempamer reaksi balas yang lebih baik apabila menentang Iraq hari ini.

Keputusan seri tanpa jaringan pada pertemuan menentang lawan yang beraksi dengan 10 pemain sepanjang tempoh setengah jam terakhir, Khamis lalu mengundang ejekan kira-kira 70,000 penyokong di Brasilia.

Brazil diramalkan memulakan kejohanan dengan bergaya sebagai pilihan utama untuk meraih emas Olimpik dengan kehadiran bintang Barcelona Neymar.

Namun, dia dikritik media selepas perlawanan apabila gagal mengekalkan penguasaan bola sebanyak 27 kali, jauh lebih tinggi berbanding pemain Brazil yang lain.

“Sikap tamak Neymar menjadi masalah kepada pasukan Olimpik,” menurut ESPN Brazil.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 5:10 AM