KONTRAK Machado dengan Sabah sepatutnya berakhir April tahun depan.
KONTRAK Machado dengan Sabah sepatutnya berakhir April tahun depan.
Izwan Abdullah

Kota Kinabalu: Sabah FC mengesahkan penamatan kontrak penyerang import Sang Badak, Ramon Machado yang sebelum ini dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan.

Pengesahan itu dibuat Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid menerusi satu kenyataan media selepas spekulasi mengenai kedudukan Machado tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menerusi kenyataan itu, Mohd Joh mengucapkan terima kasih kepada pemain kelahiran Brazil itu atas penampilan dan jaringannya bersama Sabah FC sejak Julai tahun lalu.

"Sejak penampilan pertama beliau, Ramon berjaya menambat hati penyokong The Rhinos dengan jaringan cantik dan 'assist' beliau.

"Sudah pasti kita akan merindui gerakan pantas dan lincah pemain asal Brazil ini di padang, terutamanya gelanggang keramat Stadium Likas," kata Mohd Joh mengenai pemain berkenaan yang kontrak asal sepatutnya tamat pada April tahun depan.

Sebelum ini, timbul khabar angin yang Ramon bakal meninggalkan Sabah FC selepas perlawanan kedua suku akhir Piala FA menentang Terengganu FC di Stadium Likas, malam esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 6:40 PM