LONDON: Kegagalan sistem komputer menyebabkan gangguan penerbangan di ruang udara London - antara laluan udara paling sibuk di dunia.

Perkhidmatan Trafik Udara Britain (NATS) berkata ruang udara London mejadi terhadi manakala Eurocontrol di Brussels, Belgium berkata ruang udara berkenaan ditutup seketika.

“Jumlah trafik dihadkan kepada kemampuan sistem buat masa ini,” kata NATS dalam satu posting tweet.

Masalah dikenal pasti berpunca daripada pusat kawalan trafik udara Swanwick di Selatan England.

Dalam satu kenyataan, agensi berkenaan berkata ruang udara tidak ditutup sepenuhnya namun dihadkan untuk mengawal keadaan.

Kelewatan penerbangan dijangka berlaku akibat insiden yang dilaporkan media Britain sebagai isu paparan radar. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 12:24 AM