MURID menghabiskan masa membaca buku di pondok yang diubah suai menjadi perpustakaan mini  berkonsepkan ciri binaan rumah Melayu di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.
MURID menghabiskan masa membaca buku di pondok yang diubah suai menjadi perpustakaan mini berkonsepkan ciri binaan rumah Melayu di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.
Zairee Mohd Yasak


Alor Gajah: Mahu menghakis tabiat leka bermain gajet dalam kalangan muridnya mendorong seorang pengusaha tadika mengeluarkan belanja sebanyak RM20,000 membina perpustakaan mini, berkonsepkan ciri binaan rumah Melayu lama.

Norasyikin Ibrahim, 43, berkata, perbelanjaan dikeluarkan itu berbaloi kerana 72 muridnya berusia empat hingga enam tahun kini menunjukkan minat membaca dan tidak lagi menghabiskan masa dengan membelek gajet yang hanya melalaikan serta tidak membawa faedah.

Katanya, dia memilih membina pondok dua tingkat dengan ciri binaan rumah Melayu yang diubah suai menjadi perpustakaan kerana konsep itu secara tidak langsung mampu menarik perhatian muridnya menghabiskan masa untuk membaca.

Menjelaskan mengenai perpustakaan itu Norasyikin berkata, tingkat atas digunakan sebagai ruang untuk menyimpan buku, manakala aras bawah pula menjadi tempat murid menghabiskan masa dengan membaca secara santai.

“Memang berbaloi habiskan RM20,000 kerana ia beri manfaat dan memupuk budaya membaca dalam kalangan murid di tadika ini. Rangka utama pondok menggunakan kayu terpakai diambil daripada rumah Melayu lama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 7:29 AM