SEBUAH pokok tumbang di Shenzhen, di wilayah Guandong, selatan China selepas Taufan Nida membadai kawasan itu, semalam.   - AFP
SEBUAH pokok tumbang di Shenzhen, di wilayah Guandong, selatan China selepas Taufan Nida membadai kawasan itu, semalam. - AFP
Reuters

Hong Kong: Taufan Nida membadai Hong Kong semalam, melumpuhkan sebahagian besar hab kewangan di wilayah itu dan menjejaskan ratusan penerbangan.

Taufan besar pertama yang melanda Hong Kong tahun ini membawa angin selaju lebih 100 kilometer sejam dan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga.

Lebih 150 penerbangan dibatalkan, kata pihak berkuasa lapangan terbang.

Ia menyebabkan ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang dan kira-kira 325 penerbangan dijangka terpaksa dijadualkan semula.

Menjelang tengah hari, perkhidmatan feri, tram dan bas disambung semula secara berperingkat selepas pihak berkuasa menurunkan amaran taufan dari 8 kepada 3.

Kebanyakan jalan raya lengang dan kedai ditutup sejak malam kelmarin selepas amaran dikeluarkan.

Di seberang sempadan, sebahagian wilayah Guangdong menutup pejabat, kilang dan sekolah ketika Nida bergerak menuju ke bahagian selatan bandar raya Guangzhou.

Lapangan terbang di selatan wilayah itu, termasuk Shenzhen dan Zhuhai membatalkan kebanyakan penerbangan sementara lebih 35,000 penduduk dipindahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 7:46 AM