LIM ketika sidang media. FOTO Ramdzan Masiam
LIM ketika sidang media. FOTO Ramdzan Masiam
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng cabar Barisan Nasional (BN) membawa usul tidak percaya terhadap dirinya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Guan Eng berkata, cabaran itu perlu dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid selepas mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ia boleh dibentangkan.

Beliau mengakui bersedia untuk berdepan undi tidak percaya sekiranya dibentangkan dan tidak akan lari kerana ia sebahagian daripada proses demokrasi.

"Saya mencabar BN untuk membawa usul tidak percaya terhadap saya pada Sidang DUN akan datang.

"Undi tidak percaya dibenarkan asalkan ia dibawa oleh Jahara sebagai Ketua Pembangkang dalam sidang DUN akan datang," katanya.

Semalam, Guan Eng mengumumkan untuk membatalkan cadangan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 3:05 PM