NICOL (kanan) membalas pukulan Joshna
NICOL (kanan) membalas pukulan Joshna
Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Datuk Nicol David menjulang kejuaraan pertama musim ini apabila muncul juara Kejohanan Jemputan Skuasy Wanita selepas menewaskan lawan dari India Joshna Chinappa dalam perlawanan akhir semalam.

Nicol hanya memerlukan 28 minit untuk menang 11-6, 11-6, 11-4 dan kejuaraan itu di anggap pembakar semangatnya untuknya mempertahankan kejuaraan di Terbuka Hong Kong bulan depan.

“Setiap kemenangan adalah bonus untuk saya dan saya berpuas hati dengan permainan saya hari ini.

“Saya akan cuba untuk memperbaiki corak permainan saya dari hari ke sehari agar langkah saya lebih konsisten,” katanya.

Juara dunia lapan kali itu kini melebarkan rekod pertemuan menentang Joshna dengan 13-0.

Nicol selepas ini akan ke Australia untuk menjalani kejohanan pertunjukan sebelum kembali ke Hong Kong untuk mempertahankan kejuaraan kali kesembilan.

Sementara itu tempat ketiga menjadi milik pemain Mesir Omneya Abdel Kawy yang menewaskan Joelle King 11-4, 8-11,9-11-11-5, 12-10.

Manakala Jenny Duncalf menewaskan Delia Arnold 11-9,9-11, 11-3, 11-6 penentuan tempat 5/6.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 7:55 AM