MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Juruteknik kilang pembuatan komponen elektronik maut di Jalan Alai, di sini, malam tadi, selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan kenderaan lain.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa, Nor Azli Ahmad, 41, dari Bukit Punggur, di sini, dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumahnya di Bukit Punggur.

Difahamkan, mangsa dari arah Kandang ke persimpangan lampu isyarat Alai tidak sempat mengelak lereta dipercayai teksi yang cuba membuat pusingan u secara tiba-tiba lalu melanggar kereta terbabit dan menjnggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 1:13 PM