Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Seorang pekerja am maut selepas van dipandunya dirempuh motosikal di Jalan Alai- Kandang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, Kamarol Zaman Othman, 43, yang bekerja dengan sebuah syarikat pembersihan memandu van keluar dari simpang di jalan terbabit sebelum dirempuh motosikal Yamaha 125 yang ditunggang Muhammad Syafiq Suhaimi, 18, yang datang dari arah Kandang, menyebabkan Kamarol Zaman maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Manakala Muhammad Syafiq pula parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:10 PM