ANGGOTA keselamatan memeriksa bot nelayan di perairan Sandakan, di timur Sabah memastikan keselamatan di kawasan sempadan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), dipertingkatkan bagi menangani insiden penculikan. FOTO Poliana Ronnie Sidom

Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Perintah berkurung Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) kini memasuki fasa ke-47 selepas dilanjutkan bermula esok sehingga 7 Ogos depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, keputusan itu dibuat berikutan tempoh perintah berkurung sedia ada tamat jam 7 malam ini.

"Berdasarkan risikan dan maklumat, masih terdapat ancaman jenayah rentas sempadan di kawasan berkenaan sehingga ke hari ini.

"Justeru, perintah berkurung perlu dilakukan akan secara berterusan bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya membabitkan pencerobohan dan penculikan di kawasan perairan negara," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Tambahnya, perintah berkurung membabitkan tujuh daerah termasuk Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 10:00 AM