PETA kawasan perintah berkurung di ESSZONE.
PETA kawasan perintah berkurung di ESSZONE.
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Perintah berkurung Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) kini memasuki fasa ke-45 selepas dilanjutkan bermula esok sehingga 6 Julai depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, keputusan itu dibuat berikutan tempoh perintah berkurung sedia ada tamat 7 malam nanti.

"Berdasarkan risikan dan maklumat, masih terdapat ancaman jenayah rentas sempadan di kawasan berkenaan sehingga ke hari ini.

"Justeru, perintah berkurung perlu dilakukan akan secara berterusan bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya membabitkan pencerobohan dan penculikan di kawasan perairan negara," katanya kepada media di sini, hari ini.

Tambahnya, perintah berkurung membabitkan tujuh daerah termasuk Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 9:45 AM