Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Perintah berkurung Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) memasuki fasa ke-52 apabila dilanjutkan bermula esok sehingga 26 Oktober ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata tempoh baru itu susulan fasa perintah berkurung sebelumnya tamat 7 malam ini.

"Tindakan polis melanjutkan perintah berkurung ini adalah memastikan kawasan perairan di Sabah tidak dicerobohi mana-mana anasir luar yang cuba menggugat keselamatan.

"Langkah itu diambil selepas kita masih menerima maklumat bahawa terdapat ancaman-ancaman daripada kumpulan culik untuk tebusan wang (KFR) yang sentiasa mencari jalan melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan di perairan negeri ini," katanya.

Perintah berkurung membabitkan tujuh daerah termasuk Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 11:27 AM