Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Perintah berkurung Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bakal memasuki fasa ke-54 selepas dilanjutkan bermula Sabtu sehingga 27 November depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata, keputusan itu dibuat berikutan tempoh perintah berkurung sedia ada tamat jam 6 petang esok.

"Berdasarkan risikan dan maklumat, masih terdapat ancaman jenayah rentas sempadan di kawasan berkenaan sehingga ke hari ini.

"Justeru, perintah berkurung perlu dilakukan secara berterusan bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya membabitkan pencerobohan dan penculikan di kawasan perairan negara," katanya kepada media, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, perintah berkurung membabitkan tujuh daerah iaitu Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 7:49 PM