FOTO Syafiq Ambak
FOTO Syafiq Ambak
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mengugut ibunya menggunakan pisau, penyodok pasir dan besi selepas bengang gagal mendapatkan duit.

Keputusan itu dibuat Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh, Mohd Azha Ismail, 34, dari Kampung Tok Pong, Kedai Buloh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukanugutan jenayah dengan cuba mengugut ibunya, Che Zainon Omar, 52, menggunakan sebilah pisau, penyodok pasir dan besi dengan niat menimbulkan rasa takut.

Tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Tok Pong, Kedai Buloh, di sini, jam 9 pagi pada 14 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 4:12 PM