MOHD Zaki (dua dari kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara  30 bulan.
MOHD Zaki (dua dari kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara 30 bulan.
Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah memukul kepala ibunya menggunakan sebatang kayu.

Keputusan itu dibuat Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh, Mohd Zaki Ismail, 27, dari Kampung Tok Pong, Kedai Buluh, di sini, membuat pengakuan terbabit selepas dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Zaki didakwa menyebabkan kecederaan kepada ibunya, Che Zainon Omar, 51, dengan menggunakan kayu di rumah mereka di Kampung Tok Pong, pada jam 9 malam, 28 Mei lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Mohd Zainuddin Abd Ghani.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 10:08 AM