Khairul Anuar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana memiliki 91.5 liter air ketum ketika ditahan di sebuah bangsal ayam. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Khairul Anuar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana memiliki 91.5 liter air ketum ketika ditahan di sebuah bangsal ayam. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Zatul Iffah Zolkiply


SEORANG buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memiliki 91.5 liter air ketum ketika ditahan di sebuah bangsal ayam.

Tertuduh, Khairul Anuar Abd Rahman, 36, mengaku salah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Roszita Md Saad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama sembilan lagi yang masih bebas memiliki 91.5 liter air ketum ketika ditahan di sebuah bangsal ayam di Kampung Gelugor Haji Tahir di sini, jam 10.55 malam pada 12 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, Roszita menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna.

Sebelum itu, Khairul Anuar yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah menjelaskan kompaun RM1,000 di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2020 @ 5:44 PM