Cik Pang

Dalam orang sedang hangat bercerita pasangan popular, Amar Baharin dan Amyra Rosli akan bernikah selepas hari raya nanti, seorang teman datang kepada Cik Pang berkongsi cerita menarik.

Kata teman ini, dia berasakan memang benarlah seperti apa yang dicanangkan orang mengenai Amar dan Amyra akan bernikah selepas bulan puasa ini.

Dia terdengar Amar sekarang berlatih memanggil ibu Amyra dengan penggilan ‘mama’. Seperti diketahui umum, ibu Amyra turut bertindak sebagai pengurus artis. Selain menguruskan kerjaya seni anaknya, turut menguruskan kerjaya seni Amar.

Kalau benar pun Amar memanggil pengurusnya ‘mama’, apa salahnya.

Memang pengurus kerjanya seperti seorang ibu yang menjaga anaknya. Rasanya memang sejak dulu lagi Amar memanggil ibu Amyra dengan panggilan mama.

Tapi kata teman itu lagi, takkan Amar nak panggil mama untuk pengurusnya itu di hadapan orang ramai, sekurang-kurangnya panggillah Puan Nor.

Kalau sudah buka mulut panggil ibu Amyra itu dengan panggilan mama sekuat hati di hadapan orang ramai, bermakna dia sudah tidak kisah kalau orang tahu yang dia memang rapat dan memang benar ibu Amyra nanti akan menjadi ibu mentuanya.

Cik Pang hanya mengangguk mendengar penjelasan teman itu. Waktu sama kalau benarlah seperti apa yang dikatakan, Cik Pang tumpang gembira. Cuma pesan Cik Pang, kalau nanti Amar mahu bernikah dengan Amyra jangan lupa Cik Pang di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Julai 2016 @ 5:08 AM