Datuk Abu Hassan Shariff
Datuk Abu Hassan Shariff
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Datuk Abu Hassan Shariff dilantik pemangku Ketua Bahagian UMNO Jerlun.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jerlun dilantik menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata Abu Hassan adalah ADUN Kota Seputeh.

Menurutnya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Hitam yang diwakili Mukhriz juga dijadikan DUN angkat oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi memastikan nasib pengundi di kawasan itu terbela.

"Tumpuan khusus akan diberikan oleh saya sendiri bagi memastikan segala keperluan, agenda pembangunan dan kebajikan masyarakat di DUN berkenaan akan terus terbela.

"UMNO Kedah sentiasa istiqamah dan menyokong penuh keputusan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan parti demi kelangsungan parti," katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 1:29 AM