Ahmad Bashah bersama calon-calon BN yang akan mempertahankan Kedah dari dirampas pembangkang. FOTO Sharul Hafiz Zam
Ahmad Bashah bersama calon-calon BN yang akan mempertahankan Kedah dari dirampas pembangkang. FOTO Sharul Hafiz Zam
Wartawan NSTP

BARISAN Nasional (BN) Kedah menampilkan hampir separuh muka baru untuk Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga muka baru untuk kerusi Parlimen sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, yang menyaksikan tiga penyandang digugurkan.

Bagi kerusi DUN, BN menampilkan 14 muka baru dari keseluruhan 36 calon yang diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam majlis memperkenalkan calon di Seri Mentaloon, di Alor Setar, hari ini.

Bagi kerusi Parlimen pula, antara tiga calon baharu ialah Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani yang bakal bertanding di Parlimen Sungai Petani.

Dua lagi muka baharu membabitkan Pokok Sena iaitu Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Said Ali Said Rastan dan Alor Setar iaitu bekas Ahli Dewan Negara, Yoo Wei How yang juga Setiausaha MCA.

Mereka adalah antara 15 calon BN bagi keseluruhan kerusi Parlimen di Kedah.

Tiga penyandang kerusi BN yang digugurkan ialah Prof Dr Ismail Daut iaitu penyandang Parlimen Merbok, penyandang DUN Bayu yang juga Timbalan Speaker DUN Kedah, Datuk Azmi Che Hussin serta penyandang DUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Sembilan penyandang kerusi Parlimen yang dikekalkan sebagai calon adalah Datuk Nawawi Ahmad (Langkawi); Datuk Othman Aziz (Jerlun); Datuk Mohd Johari Baharum (Kubang Pasu); Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Datuk Othman Abdul (Pendang); Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai); Dr Mansor Abd Rahman (Sik) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim-Bandar Baharu).

Dua Exco kerajaan negeri bertukar dari DUN masing-masing untuk bertanding kerusi Parlimen iaitu Datuk Tajul Urus Mat Zain (DUN Tanjung Dawai ke Parlimen Merbok) dan Datuk Dr Leong Yong Kong (dari DUN Gurun ke Parlimen Padang Serai).

Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin pula membuat penampilan semula dengan bertanding di Parlimen Kuala Kedah.

Sementara itu, antara calon muda dalam kalangan muka baru itu adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pokok Sena, Dr Mohammad Nawar Ariffin (Bukit Pinang) dan Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohamed Noor Mohamed Amin (Bayu).

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai, Datuk Norma Awang muncul sebagai satu-satunya muka baru bagi kuota wanita dan dicalonkan untuk bertanding di kerusi DUN Sungai Limau.

Sebelas lagi muka baharu membabitkan Tan Eng Hwa (Kota Darulaman); Abdul Malik Saad (Alor Mengkudu); Johari Aziz (Anak Bukit); Ahmad Fatahi Omar (Tokai); Datuk Jaspal Singh (Bukit Selambau); Annuar Ahmad (Tanjung Dawai); Ko Hung Weng (Bakar Arang); Tan Kok Seang (Sidam); Asmadi Abu Talib (Merbau Pulas; M.Thuraisingam (Lunas) dan Ahmad Azhar Abdullah (Kota Siputeh).

Lapan Exco Kedah dicalonkan semula untuk mempertahan kerusi DUN masing-masing didahului Ahmad Bashah (Suka Menanti (sebelum ini Bakar Bata), Datuk Mohd Rawi Abd Hamid (Ayer Hangat); Datuk Aminuddin Omar (Jitra); Datuk Badol Hisham Hashim (Kuala Nerang), Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang); Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak); Datuk Tajuddin Abdullah (Belantek); dan Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu).

Penyandang kerusi DUN BN pada PRU-13 yang dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi mereka adalah Nor Saidi Nanyan (Kuah); Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam); Kama Noriah Ibrahim (Pedu); Mahathir Abd Hamid (Jeneri); Datuk Ali Yahya (Pantai Merdeka); Datuk Harun Aziz (Kupang); Chua Tiong Ghee (Kulim).

Penyandang kerusi DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sharif pula bertukar bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam di bawah Parlimen Jerlun.

Antara mantan wakil rakyat dan calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum sebelum PRU-13 yang dicalonkan semula antaranya Datuk Abdul Muthalib Harun yang akan berentap di Kubang Rotan.

SENARAI CALON BN KEDAH

1. P.04 LANGKAWI DATUK IR NAWAWI AHMAD

N.01 AYER HANGAT DATUK MOHD RAWI ABD HAMID

N.02 KUAH NOR SAIDI NANYAN

2. P.05 JERLUN DATUK WIRA OTHMAN AZIZ

N.03 KOTA SIPUTEH AHMAD AZHAR ABDULLAH (MUKA BARU)

N.04 AYER HITAM DATUK ABU HASSAN SARIF (PENYANDANG DUN KOTA SIPUTEH PRU KE -13)

3. P.06 KUBANG PASU DATUK MOHD JOHARI BAHARUM

N.05 BUKIT KAYU HITAM DATUK AHMAD ZAINI JAPAR

N.06 JITRA DATUK AMINUDDIN OMAR

4. P.07 PADANG TERAP DATUK SERI MAHDZIR KHALID

N.07 KUALA NERANG DATUK BADROL HISHAM HASHIM

N.08 PEDU KAMA NORIAH IBRAHIM

5. P.08 POKOK SENA DATUK SAID ALI SAID RASTAN (MUKA BARU)

N.09 BUKIT LADA DATUK ARIFFIN MAN (BEKAS ADUN LADA PRU KE-11, TEWAS PRU KE-12)

N.10 BUKIT PINANG DR MOHAMMAD NAWAR ARIFFIN (MUKA BARU)

N.11 DERGA DATUK DR CHEAH SOON HAI (BEKAS ADUN DERGA PRU KE-12, TEWAS PRU KE-13)

6. P.09 ALOR SETAR DATUK YOO WEI HOW (MUKA BARU)

N.12 SUKA MENANTI DATUK SERI AHMAD BASHAH MD HANIPAH

N.13 KOTA DARUL AMAN TAN ENG HWA (MUKA BARU)

N.14 ALOR MENGKUDU ABDUL MALIK SAAD (MUKA BARU)

7. P.10 KUALA KEDAH DATUK ABDULLAH HASNAN KAMARUDDIN (BEKAS ADUN ANAK BUKIT PRU-8, TEWAS DUN ANAK BUKIT PRU KE-9)

N.15 ANAK BUKIT JOHARI BIN AZIZ (MUKA BARU)

N.16 KUBANG ROTAN DATUK ABDUL MUTHALIB HARUN (TEWAS DUN ANAK BUKIT PRU-11)

N.17 PENGKALAN KUNDOR DATUK ABDUL HALIM SAID (MUKA BARU)

8. P.11 PENDANG DATUK OTHMAN ABDUL

N.18 TOKAI AHMAD FATAHI OMAR (MUKA BARU)

N.19 SG TIANG DATUK SURAYA YAACOB

9. P.12 JERAI DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM

N.20 SG LIMAU DATUK NORMA AWANG (MUKA BARU)

N.21 GUAR CHEMPEDAK DATUK KU ABD RAHMAN KU ISMAIL

N.22 GURUN DATUK BOEY CHIN GAN (BEKAS ADUN KULIM PRU KE-11, TEWAS P.17 PADANG SERAI PRU-12)

10. P.13 SIK DR MANSOR ABD RAHMAN

N.23 BELANTEK DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH

N.24 JENERI MAHADZIR ABDUL HAMID

11. P.14 MERBOK DATUK TAJUL URUS MAT ZAIN (PENYANDANG TANJONG DAWAI PRU-13, TEWAS P.14 MERBOK PRU-12)

N.25 BUKIT SELAMBAU DATUK JASPAL SINGH GURBAKHES SINGH (MUKA BARU)

N.26 TANJONG DAWAI ANNUAR AHMAD (MUKA BARU)

12. P.15 SG PETANI DATUK SHAHANIM MOHAMAD YUSOFF (MUKA BARU)

N.27 PANTAI MERDEKA DATUK ALI YAHAYA

N.28 BAKAR ARANG KO HUNG WENG (MUKA BARU)

N.29 SIDAM TAN KOK SEONG (MUKA BARU)

13. P.16 BALING DATUK SERI ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM

N.30 BAYU MOHAMED NOOR MOHAMED AMIN (MUKA BARU)

N.31 KUPANG DATUK HARUN ABDUL AZIZ

N.32 KUALA KETIL DATUK MOHD KHAIRUL AZHAR ABDULLAH (TEWAS PRU-13)

14. P.17 PADANG SERAI DATUK DR LEONG YONG KONG (PENYANDANG DUN GURUN PRU-13)

N.33 MERBAU PULAS DATUK ASMADI ABU TALIB (MUKA BARU)

N.34 LUNAS THURAISINGAM K S MUTHU (MUKA BARU)

15. P.18 KULIM BANDAR BAHARU DATUK ABD AZIZ SHEIKH FADZIR

N.35 KULIM CHUA THIONG GEE

N.36 BANDAR BAHARU DATUK NORSABRINA MOHD NOOR

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018 @ 3:10 PM