Armugam (dua kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mencederakan isterinya Jumaat lalu di Kampong Baru Seberang Keretapi. Foto Shahrul Hafiz Zam
Armugam (dua kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mencederakan isterinya Jumaat lalu di Kampong Baru Seberang Keretapi. Foto Shahrul Hafiz Zam
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Jurukimpal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tertuduh V Armugam,40, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 17 Jun lalu pada 3.30 petang bertempat di alamat nombor 66 Kampung Baru Seberang Keretapi, di sini, dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya M Cristina,41,

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail.

Bagaimanapun, peguam tertuduh daripada Yayasan Biro Bantuan Guaman memohon mahkamah membenarkan ikat jamin selepas isterinya menarik semula laporan polis dibuatnya.

Mohd Khairul bagaimanapun tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 26 Julai ini bagi menentukan sama ada pendakwaan diteruskan atau tidak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 4:27 PM