KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Banda Sea, Indonesia pada 6.05 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya di sini berkata, pusat gempa ialah pada 385 kilometer tenggara Ambon, Indonesia dan 1,786 kilometer tenggara Semporna, Sabah.

Gempa itu, tidak membawa sebarang ancaman tsunami, katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 10:46 AM