PASUKAN Jerman sebelum menaiki penerbangan khas ke Perancis.
PASUKAN Jerman sebelum menaiki penerbangan khas ke Perancis.
AFP

Paris: Ia pasti sesuatu yang sukar dipercayai pasukan seperti Jerman yang memiliki Thomas Mueller, Toni Kroos dan Mesut Ozil tampak boleh dikalahkan, namun Jerman sebenarnya harus berada di tahap terbaik pada Euro 2016 kali ini.

Pasukan yang mengalahkan Brazil 7-1 dalam laluan merangkul kejuaraan Piala Dunia 2014 tumpas tujuh perlawanan menjelang pusingan akhir Kejohanan Eropah yang mana mereka berdepan halangan Kumpulan C membabitkan Poland, Ukraine dan Ireland Utara.

Kemenangan 2-0 ke atas Hungary pada perlawanan terakhir pemanas badan adalah kemenangan tanpa bolos Jerman kali pertama dalam tempoh setahun.

“Ia penting untuk mereka dalam prestasi terbaik, kemenangan ini memberikan kami sedikit keyakinan untuk menghadapi kejohanan minggu depan,” kata jurulatih Joachim Loew selepas perlawanan kelmarin.

Loew membawa pasukannya ke Perancis dengan dihimpit masalah kecederaan.

Kapten Bastian Schweinsteiger hanya beraksi selama 23 minit menentang Hungary dan dia mengakui masih belum pasti untuk diturunkan pada perlawanan pembukaan dengan Ukraine pada 12 Jun.

Tonggak pertahanan Mats Hummels juga belum pasti berada dalam skuad utama akibat kecederaan betis. Pemain sayap Marco Reus terpaksa digugurkan daripada skuad akibat kecederaan pangkal paha.

Selepas Ukraine, Jerman berdepan perlawanan mencabar menentang Poland, lawan yang menumpaskan mereka dalam kempen kelayakan Euro.

Jerman yang tidak menurunkan barisan terbaik ketika tumpas 1-3 di tangan Slovakia minggu lalu memberi bayangan bahawa mereka berada dalam krisis. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 9:18 AM