PARAGLIDER yang berlegar di ruang udara Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak. FOTO Muhaizan Yahya
PARAGLIDER yang berlegar di ruang udara Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak. FOTO Muhaizan Yahya
Yusmizal Dolah Aling dan Mohd Hafizee Mohd Arop


Kuala Kangsar: Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan dua paraglider yang berlegar di ruang udara kawasan pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli, semalam.

Jurucakap polis PRK Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, satu laporan polis diterima berkaitan kes itu dan siasatan mendapati tiada sebarang kelulusan penerbangan paraglider dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

"Perkara ini (tiada kelulusan) disahkan oleh Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Trafik Udara di Ipoh dan turut mengesahkan tiada 'Notice to Airmen’ (NOTAM) dikeluarkan DCA Putrajaya.

"Usaha untuk mengesan suspek-suspek yang terbangkan paraglider sedang dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 5:55 PM