Shaharon maklumkan dua lelaki menyerah diri di IPD Kuala Kangsar, 10.30 malam tadi bersama kelengkapan paraglider.
Shaharon maklumkan dua lelaki menyerah diri di IPD Kuala Kangsar, 10.30 malam tadi bersama kelengkapan paraglider.
Mohd Hafizee Mohd Arop


Kuala Kangsar: Dua lelaki lingkungan 30-an menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar,10.30 malam tadi bersama kelengkapan paraglider.

Jurucakap Media PDRM PRK Parlimen Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kedua-dua lelaki itu mengaku sebagai juruterbang paraglider yang berlegar semasa proses penamaaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, di Dewan Jubli, Ahad lalu.

Katanya, polis kemudiannya membuat tangkapan serta merampas peralatan yang dibawa oleh lelaki berkenaan.

"Keterangan sudah diambil dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan masih dijalankan mengikut Peraturan 143 Peraturan Penerbangan Awam ," katanya dalam kenyataan media dikeluarkan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 4:44 PM