ABU Backer Sidek (berjubah). FOTO Yusmizal Dolah Aling
ABU Backer Sidek (berjubah). FOTO Yusmizal Dolah Aling
Yusmizal Dolah Aling dan Mohad Hafizee Mohd Arop


Kuala Kangsar: "Tak apalah..hangpa (SPR) nak, ambil kat hangpa lah..Saya kena banyak kali dah".

Itu keluhan Datuk Abu Backer Sidek, ahli perniagaan yang menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, namun menarik diri kerana mendakwa 'dianiaya' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, tindakan pegawai pilihan raya yang seolah-olah memberi tekanan kepadanya untuk melengkap dan menghantar borang menyebabkan dia melupakan hasrat bertanding.

"Saya ada semuanya, cuma pencadang dan penyokong orang sini (tempatan). Dia suruh saya buat dengan cepat, saya cepat marah. Jadi tak payah bertanding," katanya yang keluar dari pusat penamaan selepas berada di dalam Dewan Jubli, di sini, kira-kira 20 minit.

Sebelum itu, beliau mencuri tumpuan petugas media dan penyokong parti bertanding selepas dilihat mundar mandir bersama borang pencalonan dan mencari penyokong dan pencadang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 10:22 AM