BERNAMA

Johor Bahru: Proses penyerahan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berakhir pada 10 pagi ini.

Proses yang bermula pada 9 pagi membabitkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor itu, berjalan lancar.

Sebaik proses penyerahan borang selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding bagi PRN berkenaan.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong parti tidak dibenarkan di pusat-pusat penamaan calon.

Hanya calon serta pencadang dan penyokong calon terbabit dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Februari 2022 @ 10:15 AM
Calon Pejuang, Md Taib Md Suhut ketika hadir ke Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh bagi majlis Penamaan Calon DUN N07 Bukit Kepong sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM