CHONG meninggalkan Dewan Jubli Intan Pontian selepas borang penamaan calonnya ditolak akibat tidak membawa pencadang dan penyokong. FOTO NSTP
CHONG meninggalkan Dewan Jubli Intan Pontian selepas borang penamaan calonnya ditolak akibat tidak membawa pencadang dan penyokong. FOTO NSTP
Mohd Sabran Md Sani


“MINTA maaf tiada kenyataan media hari ini,” kata calon bebas, Chong Chai Huat di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan di Pontian, pagi ini.

Dia yang hadir pada 9.48 pagi terpaksa pulang hampa apabila pencalonannya ditolak pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Difahamkan, Chong tidak dapat merealisasikan impiannya untuk bertanding PRK Tanjung Piai selepas gagal membawa bersama penyokong dan pencadang.

Chong yang duduk di meja semakan turut dilihat hampir 10 minit di kawasan itu sambil merakamkan gambar pegawai SPR.

Dia yang ditemui di luar kawasan itu, bagaimanapun, enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 10:39 AM