(DARI kiri) Zainal, Mas Ermieyati  dan Ab Rauf. FOTO Bernama
(DARI kiri) Zainal, Mas Ermieyati dan Ab Rauf. FOTO Bernama
Mohd Nasaruddin Parzi


Melaka: Saingan tiga penjuru disaksikan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Ia membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan calon Pakatan Harapan Zainal Hassan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Bidara Mohamad Farid Othman berkata, borang pencalonan pertama dikemuka Zainal pada 9.02 pagi tadi.

Ia diikuti calon PN pada 9.12 pagi dan calon BN pada 9.15 pagi.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN berkenaan di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Terdahulu, Zainal paling awal tiba jam 8.08 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.

Ia kemudian diikuti Ab Rauf yang tiba di pekarangan dewan itu pada 8.40 pagi, dengan ketibaannya diiringi bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.

Tepat 8.49 pagi, calon PN daripada BERSATU, Mas Ermieyati pula tiba di pusat bersama penyokong dan pencadang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 November 2021 @ 11:16 AM