ELAKKAN tekanan dalam cinta dan berfikir secara positif.
ELAKKAN tekanan dalam cinta dan berfikir secara positif.
Siti Farahiyah Aziz

Tidak dinafikan dalam mengulit rasa cinta, akan timbul perselisihan faham yang menyebabkan setiap pasangan berasa tertekan.

Namun ada beberapa perkara yang boleh dielakkan ketika bercinta bagi mengekalkan kebahagiaan dan perhubungan.

Jangan terlalu serius

Sikap yang terlalu serius, tidak fleksibel dan terlalu mengawal boleh menimbulkan ketegangan antara anda dan si dia.

Sebaliknya anda perlu me­ngawal emosi supaya perhubungan terjalin lebih rileks dan bermakna.

Jangan terlalu mengawal

Walaupun si dia menjadi kesayangan, namun itu tidak bermakna anda boleh mengawal setiap pergerakannya. Ini menyebabkan kepercayaan anda terhadap diri­nya diragui.

Sikap terlalu mengawal ini boleh menimbulkan rasa bosan, rimas dan seterusnya konflik. Seperti diri anda, si dia juga mahukan ruang kebebasan.

Jangan ukur kebahagiaan

Sikap terlalu bergantung sehing­ga anda merasakan kebahagiaan akan dikecapi hanya apabila bersamanya boleh menyebabkan hati terluka.

Sebenarnya itu adalah salah satu kesilapan dalam perhubu­ngan kerana sekiranya berlaku kesilapan, anda akan berasa dia tidak menghargai anda.

Jangan terlalu berharap

Mungkin ada sesetengah pasangan hidup dalam dunia fantasi apabila sering kali membayang­kan perkara indah terjadi sekelip mata seperti kisah novel yang mana semua disediakan oleh lelaki.

Bagaimanapun, perlu diingat, anda tidak boleh pentingkan diri. Belajar untuk berkongsi bagi menjamin perhubungan berkekalan.

Jangan pendam perasaan

Tindakan berdiam diri daripada meluahkan rasa kurang senang atau tidak puas hati boleh me­nyebabkan perhubungan menjadi semakin hambar.

Walaupun ia mengambil masa untuk berhadapan dengan si dia dalam meluahkan rasa tidak puas hati dalam suatu konflik, tidak salah sekiranya anda mulakan menerusi aplikasi sosial seperti WhatsApp.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 5:02 AM