JANATHAN (hadapan) membuat pemeriksaan pada beberapa produk di pasar raya dalam Ops Kesan di Kota Kinabalu. FOTO Izhari Ariffin
JANATHAN (hadapan) membuat pemeriksaan pada beberapa produk di pasar raya dalam Ops Kesan di Kota Kinabalu. FOTO Izhari Ariffin
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Negeri mengutip RM1.4 juta hasil duti kastam dan tawaran kompaun dalam Operasi Kesan 2016 yang berakhir semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Janathan Kandok berkata, operasi itu dijalankan lebih dua bulan bermula 4 Mac lalu sehingga semalam.

"Sebanyak 612 syarikat dan premis menjual minuman keras didapati melakukan 11 kesalahan sepanjang pelaksanaan operasi tersebut.

"Antara kesalahan yang dilakukan adalah menjual minuman keras tanpa lesen, tidak mempamerkan lesen, berniaga lebih masa dan menjual minuman yang belum berbayar cukai," katanya.

Tambahnya semua kesalahan itu disiasat mengikut Akta Eksais 1976 dan Seksyen 17(2) Akta Kastam 1976.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 6:34 PM