Finalis  Clever Girl Malaysia (CGM), dari kiri Fatin Nuraisya Mohd Hanipha,  Arina Mohd Fairin Lum,  Jane Lam Wai Chuin dan Mary Josephine Muhammad Houston. - Foto MUNIRA ABDUL GHANI
Finalis Clever Girl Malaysia (CGM), dari kiri Fatin Nuraisya Mohd Hanipha, Arina Mohd Fairin Lum, Jane Lam Wai Chuin dan Mary Josephine Muhammad Houston. - Foto MUNIRA ABDUL GHANI
Michelle Gun


Shah Alam: Empat peserta Clever Girl Malaysia (CGM) yang berjaya mengumpul jumlah markah tertinggi pada pusingan kedua di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam ini, layak ke final program realiti itu minggu depan.

Mereka ialah Arina Mohd Fairin Lum, 26 (Selangor), Fatin Nuraisya Mohd Hanipha, 28 (Kelantan), 28, Mary Josephine Muhammad Houston, 26 (Pahang) dan Jane Lam Wai Chuin, 24 (Perak).

Peserta tersingkir pula ialah An Nurr Nadhirah Abdul Halim, 26 (Negeri Sembilan) dan Nur Aliana Ahmad Rozaino, 25 (Melaka).

Juara mingguan kali ini dimenangi Mary yang membawa pulang wang tunai RM1,000.

Permainan CGM merangkumi empat segmen iaitu Clever Girl Bersamamu serta pusingan pertama, kedua dan akhir.

Pusingan akhir CGM yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000, akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, melalui TV3 pada jam 9 malam, Ahad depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2016 @ 11:18 PM