MOHD Zaini dan isteri bersama anak mereka bertemu pasukan pakar bedah di PPUM.
MOHD Zaini dan isteri bersama anak mereka bertemu pasukan pakar bedah di PPUM.
Siti Fatimah Hassan


Kuala Lumpur: Kanak-kanak berusia empat tahun yang dilahirkan tanpa hidung, Nurdayana Mohd Zaini dijangka menjalani pembedahan pertamanya menggunakan teknik ‘Distraction Osteogenesis’ atau regangan osteogenesis di bahagian rahangnya, selepas Aidilfitri nanti.

Pembedahan itu dilakukan pasukan craniofasial yang disertai 10 doktor pakar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), diketuai Dekan dan Perunding Kanan Pembedahan Mulut dan Maksilofasial Prof Datuk Dr Zainal Ariff Abdul Rahman.

Semalam, Nurdayana yang ditemani ibunya, Lina Awang, 35, dan bapa, Mohd Zaini Sulaiman, 47, dibawa bertemu pasukan doktor pakar itu buat kali pertama untuk mendengar taklimat ringkas mengenai pembedahan yang akan dilakukan.

Menurut Zainal Ariff, pihaknya membuat model 3D untuk simulasi pembedahan dan Nurdayana dipasang ‘Distractor Device’ atau alat regangan untuk membolehkan tulang rahangnya diregang ke bawah sehingga 2 sentimeter (sm) dalam tempoh 20 hari.

Katanya, kanak-kanak itu memerlukan tiga siri pembedahan dengan objektif untuk membina lubang hidung dan bernafas secara normal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2016 @ 7:05 AM