Fardy Bungga

Ampang: Sekumpulan penjenayah melarikan kira-kira RM200,000 selepas memecahkan mesin ATM dalam kejadian di AEON Ampang, kira-kira 3 pagi, hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, hasil siasatan awal mendapati penjenayah masuk ke dalam premis pasar raya ini melalui dinding tandas yang dipecahkan.

Katanya, kumpulan penjenayah ini dipercayai menggunakan pemotong oksigen untuk memecahkan peti kebal mesin ATM berkenaan.

"Polis masih menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 11:04 AM