FOTO Syah Rul Aswari Abdullah
FOTO Syah Rul Aswari Abdullah
Syah Rul Aswari Abdullah


Bentong: Cubaan penjenayah melarikan sejumlah wang dengan meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) menggunakan bom buatan sendiri di sebuah bank di sini, awal pagi tadi, gagal apabila mesin berkenaan tidak dapat dipecahkan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, dua suspek bertopeng dan bersenjatakan parang cuba meletupkan mesin ATM itu dengan meletakkan bom buatan sendiri.

Bom berkenaan bagaimanapun gagal memecahkan mesin ATM itu.

Harian Metro difahamkan, siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan polis termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Satu sidang media berkenaan kes itu akan diadakan jam 1 petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 11:44 AM