CHONG Wei singkir jaguh China itu pada set penentuan.
CHONG Wei singkir jaguh China itu pada set penentuan.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Lin Dan masuk perangkap ketika pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei bijak mempelbagaikan strategi serta helah untuk menggagalkan impian musuh tradisinya itu mencatat gelaran hatrik di Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Wuhan, China.

Dalam aksi separuh akhir semalam, Chong Wei diheret bermain hingga set penentuan namun dia langsung tidak mendapat tentangan dari wakil tuan rumah itu sebelum mencatat kemenangan 22-20, 15-21, 21-4.

Sekarang Chong Wei perlu melepasi satu lagi halangan untuk menamatkan kemarau kejuaraan ABC, selepas kali terakhir muncul juara pada 2006 dan halangan itu pasti dihadirkan pilihan utama serta nombor satu dunia Chen Long.

“Lin Dan sudah beraksi lima kejohanan berturut-turut, jika saya berdepan keadaan sama sudah tentu tidak mampu beraksi sebaik ini. Saya kagum dengan tahap kecergasan Lin Dan. Saya hanya bermain dua kejohanan saja sebelum ini, seterusnya berehat untuk meningkatkan stamina. Saya dapat lihat Lin Dan kepenatan di set penentuan,” kata Chong Wei.

Sementara itu, Chen Long tidak berdepan masalah untuk mengalahkan rakan senegara Tian Houwei, 21-14, 21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 7:59 AM