DATUK Lee Chong Wei. FOTO AFP
DATUK Lee Chong Wei. FOTO AFP
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Asia (ABC) selepas menewaskan musuh ketat dari China Chen Long menerusi satu perlawanan sengit di Wuhan, China sebentar tadi.

Chong Wei memerlukan masa satu jam 22 minit untuk menewaskan Chen Long 21-17, 15-21, 21-13 sekali gus kemenangan kedua di kejohanan itu selepas melakukannya kali terakhir pada 2006.

Pilihan ketiga kejohanan itu mempamer aksi konsisten pada set pertama apabila menguasai perlawanan berbanding Chen Long.

Namun di set kedua, Chen Long lebih tenang sekali gus menyaksikan lawannya itu mencatat kemenangan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum Chong Wei kembali bangkit untuk meraih kemenangan.

Kemenangan ke atas Chen Long itu juga adalah yang kedua berturut-turut diraih Chong Wei selepas menewaskan lawan sama pada final Terbuka Malaysia di Shah Alam, bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2016 @ 5:08 PM